Sejarah SKBM

Sekolah Rakyat Belimbing mula beroperasi pada tahun 1946 dengan En Mohd Salleh Bin Awang sebagai Guru Besar yang pertama. Nama sekolah ini kemudian ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Batu Melintang pada tahun 1964 setelah berpindah ke Kampung Batu Melintang dari lokasi asal yang terletak di Kampung Belimbing. Pada masa ini, sekolah ini di terajui oleh En Mohd Noordin Bin Mustaffa sebagai Guru Besar.

6 comments:

  1. SEJARAH RINGKAS SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MELINTANG, JELI, KELANTAN
    (bahagian pertama)

    Izinkan saya menambah sedikit ulasan saya berkaitan sejarah sekolah kebangsaan Batu Melintang. Saya sendiri tidak mempunyai sebarang dokumen bertulis mengenai sejarah kebangsaan batu melintang. Tetapi sebagai generasi tua yang pernah belajar di sekolah ini pada tahun 50'an dahulu, saya mempunyai sedikit sebanyak maklumat dan ingatan berkaitan sejarah sekolah ini.

    Pada tahun 1957 saya masih ingat saya mula belajar di sekolah ini didarjah 1. Pada masa itu sekolah ini dibuat dari dinding buluh, beratapkan atas bertam (atau atap cucuh) dan berlantaikan tanah. Mengikut cerita abang saya sekolah ini pada asalnya diterletak di Bukit Ipoh yang mula beroperasi pada tahun 1955 atau lebih awal sedikit dari itu (lebih kurang).

    Ianya diusahakan oleh seorang ketua kampung pada masa itu iaitu Hj Mohd Taib Bin Mat Jusoh. Pihak pentadbiran British pada masa itu tidak membenarkan ketua kampung berkenaan mendirikan sekalah itu kerana pada masa itu British menganggap dengan banyaknya sekolah Melayu akan menyebabkan kelahiran ramai cerdik padai melayu. Pada tanggapan British in akan menyebabkan kebangkitan akan nasiolisma dikalangan orang melayu yang boleh menyebabkan orang melayu menuntut kemerdekaan.

    ReplyDelete
  2. SEJARAH RINGKAS SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MELINTANG, JELI, KELANTAN
    (bahagian ke dua)

    Dua orang abang saya dan seorang kakaK saya pernah belajar di sekolah ini semasa ianya terletak di Bukit Ipoh dan ikut berpindah di sekolah baru di batu melaintang. Kakak saya sudah meninggal dunia semasa umurnya melebihi 70 tahun akibat kencing manis beberapa tahun yang lalu.
    Abang saya kini sudah berumur lebih 70 tahun dan seorang lagi menghampiri 70 tahun. Saya sendiri telah berusia 65 tahun.
    Dengan alasan bahawa sekolah ini hanya bertujuan untuk membolehkan rakyat untuk membaca dan menulis sahaja bagi memudahkan urusan pentadbiran British, akhirnya British membenarkan Hj Mohd Taib mendirikan sekolah berkenaan tetapi dengan perbelanjaan sendiri termasuk gurunya.
    lalu terdirilah sebuah "sekolah" yang bertiangkan kayu bulat, beratap bertam atau cucuh dan berlantaikan tanah. Hj Moh Taib telah pergi ke sebuah tempat mengajar pondok di Tok Uban dalam daerah Pasir Mas mendapatkan dua orang pelajar yang baru berusia lebih kurang 16 tahun menjadi guru. Salah seorangnya bernama Mustafa atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Pa dan seorang lagi bernama Cikgu Roni. Cikgu Pa berkhidmat disekolah itu hinga berpindah ke Batu melintang dan menjadi Guru Besar yang pertama disekolah kebangsaan berkenaan. Kisah lanjut Cik Gu Roni saya tidak tahu.

    ReplyDelete
  3. SEJARAH RINGKAS SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MELINTANG, JELI, KELANTAN
    (bahagian ke tiga)

    Cikgu Pa berkhidmat disekolah berkenaan hingga bersara. Beliau telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.

    Diantara penuntut awal yg menyerlah dari sekolah ini adalah Dato' Rozali Isohak iaitu bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan ke 2. Namun bila disekolah menengah dia tetinggal atau lambat setahun berbanding saya kerana dia memasuki Kelas khas Special Malay. Mereka perlu belajar Inggeris setahun bagi penuntut sekolah melayu untuk belajar disekolah Menengah Inggeris.

    Saya mengambil peperiksaan SPM di sekolah menengah tanah merah pada tahu 1967 manakala beliau mengambil peperiksaan MCE pada tahun 1968.

    Saya masih ingat, sekolah kebangsaan ini mula di bina semula di batu melintang oleh Hj Mohd Taib pada masa saya hampir masuk kedarjah satu. Saya tidak tahu bila tarikh sebenar bila sekolah ini dibina semula tetapi apa yang saya ingat pada tahun 1957 iaitu tahun kita merdeka saya masuk ke darjah satu dengan keadaan sekolah ini masih baru (bangunanannya terletak dihadapan sekali). Mungkin ditapak bangunan sekolah yang paling hadapan sekali yang ada sekarang.

    Jika ada laporan atau maklumat mengatakan sekolah ini bermula pada tahu 1946 ianya amat meragukan kerana pada masa itu penduduk kampung berpindah randah akibat baru sahaja lepas perang dunia ke 2 dan gangguan pengganas komunis walaupun darurat hanya di istiharkan pada tahun 1948.

    ReplyDelete
  4. SEJARAH RINGKAS SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MELINTANG, JELI, KELANTAN
    (bahagian ke empat)

    Terdapat bebrapa buah kampong dalam mukim belimbing, Jeli Kelantan. Antaranya Kampung Lawar, kampong penduk, kampong belimbing, kampong dendong, kampong batu melintan (kampong induk), kampong Gunung Reng, kampong kalai dan kampong Taduh. Sekarang ini terdapat penambahan kampong yg dahulunya hanya merupakan lokasi terpencil sahaja. Iaitu kampong Batu melintang luar, Kampung sg rapat Kg Dalam Long, kampong kuala long, Kg Salor atau kampong “salor atau Salak atau sala”?

    Oleh kerana lama tidak membuat pemerhatian khusus kerana saya tinggal di negeri perak, saya mungkin tersilap mengenai kedudukan kampong dalam mukim. Mungkin juga tertinggal satu dua kampong yang saya terlupa untuk menulisnya disini.

    Sekian sedikit maklumat saya. Mungkin saya juga silap tetapi jika ramai yang menyumbangkan buah fikiran dan maklumat, ianya sangat membantu.

    Salam saya kepada semua guru2 dan murid2 di sekolah kebangsaan yang telah memberi ilmu kepada saya untuk bekalan hidup.
    Permohonan saya agar di buat profile lengkap termasuk sejarah bagi sekolah kebangsaan ini bagi rujukan generasi akan dating. Terima kasih. Assalamulaikum.
    Zahari bin mat taib
    Tel: 0123765406

    ReplyDelete
  5. SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MELINTANG DAN JUGA KEPADA SEMUA WARGA GURU DI MALAYSIA.

    ReplyDelete
  6. rindu rasa pada sk batu melintang......3 tahun berkhidmat di sk batu melintang meninggalkan memori yang amat mendalam.....terasa puas dihati dapat menabur bakti di sk batu melintang bermula tahun 2014 hingga tahun 2016.....besar harapan agar dapat berjumpa dengan anak-anak didik yang pernah di ajar dulu.....rindu semakin mendalam....

    ReplyDelete