Monday, June 23, 2014

Majlis Perpisahan Guru-guru Bertukar Sekolah

Kalau ada jarum yang patah
Jangan simpan dalam peti 
Kalau ada salah silap 
Jangan simpan dalam hati


Pohon sena dahannya sena
Sena patah menimpa perigi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita bersua lagi


Kalau ada sumur di ladang
Dapat hamba menumpang mandi
Kalau ada umur nan panjang
Dapat kita bersua lagi










Thursday, June 19, 2014

BENGKEL KERJA PROMOSI PEMBANGUNAN LAMAN PEMBELAJARAN

BENGKEL KERJA PROMOSI PEMBANGUNAN LAMAN PEMBELAJARAN 
DALAM PERSEKITARAN VLE ZON TIMUR 2014
KHALIFA SUITES HOTEL AND APARTMENT
KOTA BHARU, KELANTAN
16 - 19 JUN 2014
ANJURAN BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Taklimat bengkel oleh pengarah program.



Para peserta yang terdiri dari guru-guru mata pelajaran Sains seluruh negeri Kelantan dan Terengganu (Zon Timur) sedang giat menyiapkan laman pembelajaran menggunakan vle frog

Laman Pembelajaran yang hampir siap untuk dihantar.


Menikmati hidangan makan tengahari di Nasi Ulam Cikgu (bersebelahan dengan tempat kursus) pada hari ketiga yang diuruskan oleh pihak hotel Khalifa Suites untuk memberikan kelainan kepada kami

Penganugerahan sijil menjadi acara penutup kepada kursus yang berlangsung selama 4 hari di Khalifa Suites Hotel & Apartment. Terima kasih kepada para JU dari BTP yang mesra melayani karenah kami. Ilmu yang dicurahkan amatlah bermakna kepada kami semua. 

Tuesday, June 17, 2014

Murid ku di sesi Bijak Sifir

Kejayaan Program Bijak Sifir hasil kerjasama guru guru, kakitangan sekolah ,ibubapa dan murid serta komuniti sekolah

Suasana majlis taklimat PBS

Kita bertambah yakin dan semamgat apabila pengurusan tertinggi JPN turun sendiri menjelaskan
Pemgisian dan tindakkan untuk memantapkan PBS di peringkat sekolah.
Terima kasih tuan.

Taklimat Panel Inovasi Kebangsaan 2014 di Dungun ,Terengganu

Sunday, June 15, 2014

Staff SKBM

Barisan Staff Akademik SKBM

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014

BATU MELINTANG Selasa, 20 Mei 2014. Sekolah Kebangsaan Melintang telah meraikan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah. Perayaan ini di sambut bersama semua guru, staf, ibu bapa dan murid SKBM.
Majlis ini di serikan dengan pelbagai aktiviti menarik di mulakan dengan perhimpunan khas di dewan terbuka sekolah yang melibatkan nyanyian dan persembahan dari guru-guru dan murid-murid. Perayaan ini seterusnya bersambung dengan aktiviti perlawanan bola sepak dan bola jaring antara guru-guru dan sukaneka.